CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, Februari 10, 2009

CINTA VS SUKA

Adakah tapak tanganmu berkeringat,hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?Itu bukan cinta,itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?Itu bukan cinta,itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?Itu bukan cinta,itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?Itu bukan cinta,itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?Itu bukan cinta,itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?Itu bukan cinta,itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?Itu bukan cinta,itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?Itu bukan cinta,itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?Itu bukan cinta,itu KEMURAHAN HATI.
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tidak terfahami menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?Itulah CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?Jika demikian,itu CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?Jika demikian,itu CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?Itu CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?Itu CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?Itu CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?Yang demikian itu ialah CINTA.

hehe..I found this article so just want to share with kamu~specially dedicated to yang masih keliru..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan